Oct
09
Posted on 09-10-2007
Filed Under (Uncategorized) by rozifah.adi@smjk.edu.my

obesiti

Berita harian – dalam negeri

KUALA LUMPUR 13 Jun – Fisiologi tubuh wanita mudah menyimpan lemak berbanding tubuh lelaki menyebabkan mereka lebih mudah gemuk berbanding lelaki.Pakar Bedah Am Hospital ColombiaAsia, Seremban, Dr. Abd. Hamid Mat Sain berkata, tubuh wanita secara semula jadi mempunyai lebih banyak lemak berbanding lelaki yang memiliki lebih banyak otot.Selain itu, katanya, hormon estrogen dan progesteron wanita turut menyebabkan tubuh mereka ‘menyimpan air,’ sekali gus menambahkan lagi berat badan mereka.‘‘Walaupun wanita lebih mudah gemuk, faktor utama kegemukan tetap berpunca daripada pengambilan makanan dengan lemak atau kalori tinggi.“Tidak kira jika dimakan sedikit atau banyak, jumlah kalori makanan perlu bersesuaian dengan keperluan tenaga badan.“Seseorang itu tetap gemuk walaupun makan sedikit tetapi langsung tidak bersenam,” katanya ketika dihubungi UtusanMalaysia di sini hari ini.Menurut Abd. Hamid, penduduk bandar yang bekerja di pejabat tidak sepatutnya mengamalkan cara pemakanan masyarakat luar bandar yang tinggi karbohidrat terutama nasi.Jelasnya, masyarakat luar bandar memerlukan makanan tinggi karbohidrat kerana mereka menggunakan tenaga yang banyak untuk bekerja di ladang dan sawah.Utusan Malaysia hari ini melaporkan satu juta wanita berusia antara 25 dan 64 tahun di negara ini gemuk berbanding 850,000 orang lelaki gemuk dalam lingkungan usia yang sama.Ia merupakan hasil kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas 12,000 murid sekolah di Semenanjung Malaysia baru-baru ini.Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam satu kenyataan berkata, hanya 22 peratus rakyat di negara ini mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan berbanding 60 peratus bagi penduduk di negara-negara maju.Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kegemukan turut meningkatkan risiko mendapat kanser payu dara, kanser kolon, prostat, uterus, buah pinggang dan penyakit pundi hempedu menerusi perubahan hormon akibat kegemukan.Dalam pada itu, Abd. Hamid menekankan kes wanita yang gemuk akibat masalah hormon amat jarang berlaku di negara ini.‘‘Wanita perlu lebih berdisiplin dalam menjaga pemakanan dan kerap bersenam berbanding lelaki kerana sudah menjadi sifat semula jadi badan mereka lebih mudah menyimpan lemak.‘‘Tambahan pula makanan orang Melayu dan makanan tradisionalAsia banyak menggunakan karbohidrat, misalnya nasi dan mi yang akan ditukarkan menjadi lemak jika diambil secara keterlaluan,” ujarnya.Beliau berkata, penyelesaian untuk masalah ‘ciptaan manusia’ ini amat mudah iaitu mengamalkan pemakanan seimbang serta melakukan senaman sekurang- kurangnya tiga kali seminggu, 30 minit setiap kali.

maklumat berkaitan obesiti

(0) Comments    Read More   
Oct
02
Posted on 02-10-2007
Filed Under (education) by rozifah.adi@smjk.edu.my

http://www.manilatimes.net/national/2006/june/11/yehey/top_stories/20060611top2.html

 children picture

Sunday, June 11, 2006

 

What malnutrition does  to Filipino school kids

By The Manila Times Research staff

MILLIONS of Filipino children go to school without proper or enough nutrients and energy to help them through the day. Getting through the work and learning of a day in school can be fun for a well-fed pupil. It is usually painful for a malnourished child.

Of every 100 primary school-age children, 26 were underweight and 37 were underheight or short, the latest nutrition survey (2003) done by the Food and Nutrition Research Institute (FNRI) of the Department of Science and Technology.

“Being underheight or short reflects current malnutrition or a long-standing poor nutritional status,” the research institute said.

This was an improvement over the finding that 33 out of every 100 were underweight and 41 out of every 100 were underheight in 2001.

Being underweight means a child’s weight relative to her/his age is less than that of a normal child and being underheight or short means his/her height is less than that of a normal child of the same age. On the other hand, being overweight—which is another sign of malnutrition—is when a child’s weight is much more than that of a normal child of the same age.

Read the rest of this entry »

(0) Comments    Read More   
Sep
25
Posted on 25-09-2007
Filed Under (isu semasa) by rozifah.adi@smjk.edu.my

       Setiap tahun kerajaan memperuntukkan wang berjuta-juta ringgit untuk membaiki kemudahan infrastruktur terutamanya sistem jalan raya di negara kita. Tujuan utama kerajaan adalah untuk memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya serta memendekkan perjalanan yang jauh. Namun, keselesaan ini sering disalahgunakan oleh pengguna jalan raya. Kesannya, kes-kes kemalangan jalan raya semakin meningkat setiap tahun terutama pada musim perayaan. Mengapa perkara seperti ini boleh berlaku?

Read the rest of this entry »

(1) Comment    Read More   
This site is protected by Comment SPAM Wiper.